24 September 2017

Kesempurnaan Islam Seseorang








































Hadis ini juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman, daripada Zuhri, daripada 
Abu Salamah, daripada Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dinyatakan sebagai sahih. Tentang hadis ini beliau berkata: "Hadis ini kalimahnya pendek tetapi padat berisi 
dalam mesej yang dibawanya."

Serupa dengan hadis ini ialah ucapan Abu Dzar yang bermaksud:
“Sesiapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan sedikit bicara 
dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya."










































Dalam Tafsir Ibn Kathir melalui riwayat daripada Imam Malik menyebutkan dalam kitabnya Muwatta' bahawa sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang bertanya kepada Luqman al-Hakim:  "Apakah yang menyebabkan engkau mencapai darjat 
yang kami saksikan sekarang?" jawabnya: "Berkata benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa saja yang tidak bermanfaat bagi diriku."



(Kitab Hadis 40 Imam Nawawi)

15 September 2017

Dua Zikir Ringan yang disukai Allah











































Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada 
Abu Hurairah r.a, beliau berkata,

Hadis bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Dua kalimat yang ringan
diucapkan oleh lidah, namun  berat di atas timbangan, serta disukai oleh
Tuhan Yang Maha Mengasihani ialah:'Maha Suci Allah sambil (aku memuji)
dengan pujian-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung’”



(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Kitab Riyadhus Shalihin






subhanallahi wa bihamdihi
subhanallahil Azeem


#dua zikir ringan yang disukai Allah, berat di atas timbangan.

14 September 2017

Doa Rezeki Halal dan Amal diterima












































#doa khusus selepas solat subuh, doa diberikan ilmu bermanfaat, rezeki yang halal, amal yang diterima Allah SWT.


Allaahumma innie as aluka ìlman naa fi àn,
wa rizqan toiyiban, wa àmalan mutaqabbalan.

7 September 2017

Doa / Zikir hendak Tidur







































Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Hudzaifah dan Abu Dzarr r.huma.,

Hadis bermaksud: “Bahawa apabila Rasulullah SAW datang ke tempat tidurnya
(hendak tidur),  Baginda membaca,‘Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan mati.’ ” 

(Riwayat Al-Bukhari) Kitab Riyadhus Shalihin






#Doa atau zikir hendak tidur, doa ringkas tidur.
.

Kelebihan Selawat ke atas Nabi SAW







































Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata,

Maksud hadis: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang berselawat (memohonkan rahmat dan kasih sayang) ke atas saya sebanyak sekali, maka Allah akan berselawat (mencurahkan rahmat dan kasih sayang) ke atasnya sebanyak 10 kali’ ” 

(Riwayat Imam Muslim) Kitab Riyadhus Shalihin












































Baginda Nabi SAW  bersabda, maksudnya: 

“Sesiapa yang ucapkan selawat ke atas ku sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan 
  10 kali pada waktu petang akan menerima Syafaat pada Hari Kiamat”.


(Riwayat At-Tabrani) Sahih at-Targhib wa at-tarhib 1/273










#Kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, Selawat ringkas Nabi SAW,  Selawat pendek. selawat nabi SAW

.

6 September 2017

Ketika Marah








































Sulaymaan ibn Sard (ra- may Allah be pleased with him) said:
“I was sitting with the Prophet (SAW), and there were two men swearing at one another.
One of them was red in the face and the veins of his neck were standing out. The Prophet (SAW) said: ‘I know a word which, if only he would say it, this (anger) would leave him.
If he said, “A’oothu billaahi min al-shaytaan"(I seek refuge with Allah from the Shaitan),
this [anger] would leave him.”

(Reported by al-Bukhaari, al-Fath, 6/337)

Sulaymaan ibn Sard r.a berkata: "Semasa aku duduk bersama Rasulullah S.A.W, ada dua lelaki berkelahi antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka mukanya kelihatan merah dan urat lehernya tegang menonjol. Lalu Rasulullah S.A.W berkata: 'Aku tahu ucapan yang mana jika dia ucapkan, kemarahan itu akan hilang daripadanya. Jika dia ucap "a ouu
zu billahi minash-syaiton" (aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan), kemarahan itu akan hilang daripada nya.' "

Riwayat Al-Bukhari, Fath al-Bari  6/337





#doa ketika marah, doa menghilangkan rasa marah. doa lindungi dari godaan syaitan, kemarahan. ucapan masa marah.
.